以下为普通 社团章程 - 可依据各个社区所需,做出适合更改
PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN ________________________________KUALA
KURAU,PERAK
FASAL 1 NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN _________________________ KUALA KURAU,PERAK
Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama : _________________________
3. Bertaraf : Negeri/daerah/tempatan
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
_____________________________________, 34350 KUALA KURAU, PERAK
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
_____________________________________, 34350 KUALA KURAU, PERAK
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan
ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat
Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
1. Mengelola dan mengadakan upacara perayaan dengan
syarat mendapat
kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan terlebih
dahulu
2. Menjaga kebajikan am ahli-ahli
3. Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat
muhibah di kalangan
ahli-ahli
2
4. Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal untuk
masyarakat umumnya
5. Memiliki hartanah dan aset untuk tujuan pertubuhan
dengan syarat
persetujuan mesyuarat agung diperolehi terlebih dahulu
serta tertakluk
kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa
6. Tiada
FASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Kuala Kurau/
Perak
iv. Keturunan/Bangsa : Cina
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Buddha
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu
Tiada
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat
dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh
Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Mereka perlu
mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa
atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan
dalam
Pertubuhan.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah
dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
dipertimbangkan.
3
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak
sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan
seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran
pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan
hendaklah ia sebagai
ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli
Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada
Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan
Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan
boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang
difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau
menggantung keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab
bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga
hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan
atau penggantungan
itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung
menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran masuk :
RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
2. Yuran :
RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh
Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada
bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa
permohonan ahli )
RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus
Sahaja)
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada
dua ( 2 ) tahun akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau
wakil Setiausaha,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli
sehingga hutangnya
telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari
jumlah yuran bagi tiga (
3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada
menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah
diambil
4
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli
itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk
semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut
disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk
perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung
ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti
hutang yuran tahun.
3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam
bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah
diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti
menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak
alih serta lain-lain
kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat
agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya
satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak
mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang,
hendaklah hadir di
dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada
waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa; dan jika korum
tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah
ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda
perlembagaan
pertubuhan.
3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan
hendaklah diadakan dalam
tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh
Mesyuarat Agung DwiTahunan
terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa. Agenda
Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan
aktiviti pertubuhan
yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata
kewangan yang telah
diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit
(jika berkenaan)
5
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di
dalam mesyuarat itu.
4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli
sekurang-kurangnya 30
hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan
satu agenda mesyuarat
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti
tahunan serta penyata kirakira
Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan
dokumen-dokumen ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di
alamat tempat urusan
Pertubuhan.
5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh
diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh
tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah
dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.
6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli
hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu
hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya
14 hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini
berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk
Mesyuarat Agung Khas, tetapi
dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah
jam dari waktu yang
telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli itu, maka
mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6
bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan
tujuan yang sama tidaklah
boleh diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli
satu salinan minit
Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung
Khas dalam tempoh 3 bulan
setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan
Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan:
Seorang Pengerusi
1 orang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap
pegawai yang
6
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini
hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah
dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh
ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh
dipilih semula dua tahun
sekali.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan
kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh
mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan
yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
4 kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada
ahli Jawatankuasa 7
hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau
tidak kurang daripada 4
orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan
mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya setengah (1/2)
daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan
kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka
Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara
pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan
dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli
Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli
Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu;
dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha
kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan
dan dicatitkan
dalam minit.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan
disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau
meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan
yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon
yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan
diadakan.
7
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha
dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik
pengurus dan kakitangan
yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau
melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam
pekerjaan, curang, tidak
cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau
kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika
difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli
Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua
dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar,
salinan Penyata Tahunan, suratsurat
maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit,
geran-geran tanah,
senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya,
hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa
dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani
minit mesyuarat bila
ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan
Pengerusi semasa
ketiadaannya.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran
Pertubuhan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah
mesyuarat agung
dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan
urusan surat menyurat
dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali
buku-buku akaun
dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku
daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori
seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan
alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir
dalam semua mesyuarat
dan membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha
menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan
penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan
perbelanjaan serta kunci
kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu
Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
8
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam
perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja
pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih
daripada RM 2000.00
(Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu
masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke
dalam akaun bank atas
nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun
Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa
antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 4000.00 (Ringgit
Malaysia Empat Ribu
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan
tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih
daripada RM 5000.00
(Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan RM
4000.00 (Ringgit Malaysia Empat
Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa
boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan
oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11
perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata
kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli
dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang
berikut. Setiap salinan
tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di
tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12
bulan iaitu bermula dari
1 Januari .
FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan
hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit.
Mereka yang memegang
jawatan selama dua tahun boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata
kewangan Pertubuhan bagi
setiap tahun. Juruaudit hendaklah
membuat perakuan dan menandatangi penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan.
Mereka
juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi
mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh
perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
9
1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah
didaftarkan atas nama Pertubuhan
dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta
ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh
seorang tuan punya
berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh
3 orang pemegang
jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan
mereka disahkan melalui
sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan
dan dimeteri dengan
meteri Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual,
digadai, ditarik balik atau ditukar milik
tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung,
Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa,
jika perlu, boleh
memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam
perlembangaan ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak
selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan
Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik
orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang
yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih
dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan
dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba
menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau
mengambil peranan
di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di
dalam Akta Kesatuan Pekerja
1959.
3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada
dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai
atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah
Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana
ahlinya.
5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh
Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan
kembali kepada
10
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan
tidak boleh digunakan
untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada
mana-mana ahli
Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak
menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau
kedua-duanya kepada manamana
ahli atau pekerja Pertubuhan.
6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah
ibadat.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan
keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah
dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh
keputusan Mesyuarat Agung
yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan
persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang
berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang
disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut
perlembagaan
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan
pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
-
Keterangan
-
3. Lencana
-
-霹雳州_______________________公会章程
第一章 名称
1. 本团体名为__________________________________
2. 名称释义:=。
3. 性质:州级。
第二章 办事处地址
1. 本团体的注册地址及办事处地址为:
-
______________________________________________________________
- 通讯地址为同一地址,或由委员会不时决定的其他地址。
2. 办事处地址及通讯地址在未经社团注册官批准前不得更改。
第三章 目标
1. 组织和举办庆典活动,前提是获得相关当局的许可。
2. 保障会员的一般福利。
3. 增进会员间的友谊和团结精神。
4. 为社会提供慈善服务。
5. 在取得会员大会同意及相关当局许可的情况下,拥有不动产和资产。
第四章 会员资格
1. 会员资格如下:
- 普通会员:
- 国籍:马来西亚
- 最低年龄:18岁
- 居住区域:瓜拉古楼/霹雳
- 种族:华人
- 性别:男女皆可
- 宗教:佛教
- 其他资格:无
- 附属会员:无
- 名誉会员:对社会有贡献并能为本团体做出贡献者,由委员会决定,免缴会费。
- 终身会员:开放给一次性缴纳会费的普通会员。
- 青年会员:18岁以下者,需取得父母或监护人书面同意。无投票权或担任职务的资格。
2. 每位申请者须由一名会员提名并支持,提交给秘书尽快转交委员会审核。委员会有权拒绝任何申请而无需解释。
3. 经批准的申请者在缴纳入会费及首年会费后即成为正式会员。
第五章 会员退出与除名
1. 会员如欲退出须提前两周以书面形式通知秘书,并清偿所有欠款。
2. 任何会员违反本章程或有损本团体声誉的行为,经委员会合理判断可被除名或暂停会员资格。在此之前,需书面通知其理由,并给予申辩机会。除名或暂停决定将被执行,除非会员大会推翻或修改该决定。
第六章 财务来源
1. 入会费:RM 5.00
2. 会费:
- 年费:RM 10.00,须在每年初7天内缴纳。
- 终身会费:RM 100.00,申请时缴纳。
- 欠费超过两年者将收到由秘书或其代表签署的提醒信,并失去会员特权直至清偿欠款。
- 欠费超过三年者将自动失去会员资格,委员会可采取法律行动。
- 委员会有权设定重新入会费。
- 任何特定项目的特别会费或款项需经会员大会同意,可视为欠费。
3. 捐款:本团体可接受金钱和物品捐赠。金钱捐赠须在年度财务报表中明确公布。
4. 经济活动:本团体可从事如买卖、投资、租赁、拥有动产和不动产等经济活动。
第七章 会员大会
1. 会员大会是本团体的最高权力机构。大会需至少有半数有投票权的会员或两倍于委员会成员数的会员出席方为有效。
2. 如开会半小时后仍不足法定人数,大会应延期不超过30天;若延期后的大会仍不足人数,出席者可继续会议但无权修改章程。
3. 双年度会员大会应在上次大会后24个月内召开,由委员会决定日期、时间和地点。议程包括:
- 审议委员会活动报告;
- 审议财务报告和已审计的财务报表;
- 选举委员会成员和审计员(如适用);
- 处理其他事项。
4. 秘书应至少在大会前30天发送会议议程、上次会议记录、年度活动报告和已审计的财务报表给全体会员。上述文件亦应在办事处供会员查阅。
5. 特别会员大会可在以下情况下召开:
- 由委员会认为必要时;
- 经不少于五分之一有投票权会员书面请求,说明目的和原因。
6. 秘书应在收到请求后一个月内召开特别会员大会,并至少提前14天通知全体会员。
7. 第七章第1和第2条关于法定人数和延期的规定适用于特别会员大会,但如特别会员大会因法定人数不足而取消,六个月内不得再就同一事项召开特别会员大会。
8. 秘书应在大会结束后三个月内将会议记录发送给全体会员。
第八章 委员会
1. 委员会每两年在双年度会员大会上选举产生,包括:
- 主席一名
- 副主席一名
- 秘书一名
- 副秘书一名
- 财政一名
- 委员两名
2. 所有职务均需为马来西亚公民。
3. 候选人应由会员提名和支持,通过投票选出。所有职务可连任。
4. 委员会负责管理和安排本团体日常事务,按会员大会决策行事。委员会不得擅自违背大会决议,并应向每次会员大会报告活动情况。
5. 委员会每年至少召开四次会议。每次会议应提前7天通知成员。主席单独或不少于四名成员联名可随时召集会议。至少半数成员出席方为有效。
6. 紧急情况下,如无法召开委员会会议,秘书可通过传阅信件方式征求委员会成员意见。需满足以下条件:
- 问题应详细列在信中;
- 至少半数成员表态同意或反对;
- 结果需在下次委员会会议上确认并记录。
7. 委员连续三次无故缺席会议视为自动辞职。
8. 如有委员辞职或去世,应由上次选举中的次高票者填补空缺。如无次高票者或其拒绝,则由委员会任命新委员至下次会员大会。
9. 委员会可指示秘书和其他职员执行任务,必要时可聘任管理人员和职员,并有权因失职、欺诈、不称职等原因暂停或解除其职务。
10. 委员会可设立小组委员会,并指派特定任务。
11. 原委员会应将所有文件,如注册证书、章程、年度报表、信函、账簿、土地证书、资产清单等,移交新委员会。
第九章 委员职责
1. 主席负责主持所有会议,并对会议的顺利进行负责,有决定权,并在会议记录批准后签署。
2. 副主席在主席缺席时代理主席职务。
3. 秘书负责执行团体行政工作,执行会员大会和委员会的所有决议,管理文书和档案,保存会员详细资料,并记录所有会议。
4. 副秘书协助秘书工作,并在秘书缺席时代理其职务。
5. 财政负责团体财务,确保财务报表的准确性。
6. 委员协助委员会的工作。
第十章 财务
1. 团体资金应用于实现团体目标,包括行政费用、薪资及审计费等。
2. 财政可保留不超过RM 2000.00的现金,超出部分须在7天内存入银行账户。
3. 账户提款须由主席、秘书和财政共同签字。如其中一人缺席,委员会可指定他人代签。
4. 单笔开支超过RM 4000.00需经委员会批准,超过RM 5000.00需经会员大会批准。RM
4000.00及以下的开支由主席、秘书和财政共同批准。
5. 财政应在财政年度结束后尽快准备年度财务报表,由审计员审核并提交会员大会审议和批准。
6. 财政年度为每年的1月1日至12月31日。
第十一章 审计
1. 两名非职员的会员在双年度会员大会上被选为审计员,任期两年,可连任。
2. 审计员需每年审计账簿,并在年度财务报表上签署,提交会员大会审议和批准。
第十二章 信托委员会
1. 信托委员会由三名委员组成,以本团体名义处理所有财产。
2. 信托委员会成员由会员大会选举,任期两年,可连任。
3. 信托委员会可因病、死亡、出国等原因替换成员,新的成员由委员会推荐并经会员大会批准。
4. 所有文件和财产须在信托委员会成员更换时移交。
第十三章 解散
1. 本团体可在不少于五分之四的有投票权会员同意下解散,解散通知须提前三十天发出。
2. 解散决议需经社团注册官批准,解散后所有财产在支付债务和义务后交由社团注册官处理。
第十四章 修改章程
1. 章程修改需在会员大会上由不少于三分之二的有投票权会员同意,修改须经社团注册官批准后生效。
第十五章 法律责任
1. 本团体和成员均受马来西亚法律保护,任何违法行为应承担相应法律责任。
第十六章 其他
1. 任何未涵盖在本章程中的事项均由委员会决定,并在会员大会上报告。